Thursday, 6 December 2012

Chocolate moist cake


Alkisah nak dijadikan cerita, kek ni buat suka2 je, tapi disebab ada seorang kawan yang begitu malas nak buat kek sendiri di rumahnya, maka dia pun mengorder dengan saya kek ini. Inilah rupanya kek tersebut.

Bermula dari situ, saya menjadi supplier tetap kek ini di cafe hospital di Daerah Segamat, Johor. Memandangkan owner cafe tersebut adalah sahabat huby saya, maka saya sanggup mengerah tenaga untuk beliau. Seminggu hanya 2x sahaja saya hantar ke sana.


Order muffin Kak Ros! 100pcs aje



Ini order dari Kak Ros pengasuh anak-anakku. Katanya untuk majlis kahwin adik iparnye. Al kisah nak dijadikan cerita, buat muffin ni pada masa huby kursus & saya jugak demam teruk. tapi gagahkan diri juga mkn ubat dan buat jugak muffin tersebut memandangkan Kak Ros dah order sebulan lebih awal.. Kak ros mintak nak siap before 1 Dec 2012, tapi tukar nak awal sikit sebab katanya nak isi kat dlm 'bontrot' pula. Takut tak cukup masa katanya lagi

At last, siap jugak pada 27 Nov 2012 lepas balik kije, terus pas kat umah kak ros.. Sekian.

Oh ya, maksud 'bontrot' adalah ole-ole untuk saudara mara atau kenalan rapat pengantin atau ibu bapa pengantin. Ini bahasa jawa, bunyi macam ganas kan, tapi niatnya baik, suci & murni... =)

Assalamualaikum pembuka mukadimah

Selamat tengahari semua.
Satu perkara yang kita lupa tentang hari-hari yang kita lalui adalah berkongsi apa sahaja yang kita lakukan. Perkongsian yang membawa kebahagian pada semua.

Bermula pada hari ni, saya sedaya upaya untuk berkongsi segala macam kegemaran saya dalam dunia masakan. Saya sangat suka memasak, tapi jarang-jarang share dengan kawan2 sebab segan nanti org kata x lawo lah, mcm syok sendiri lah.

But, by the way saya nak share jugak kerana dengan berkongsi, kita dapat ramai kawan & banyak ilmu baru. Tak share, maka tak tahu.

Ini titik tolak yang pertama yang mampu membuatkan hati ini ter =)